Compressor adalah alat utama dalam
sistem penyejukan kereta,compressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan
pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka
compressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah
kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem air cond kereta tidak berfungsi
dgn baik dan tidak sejuk.
Compressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang
getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua
bahagian depan dan belakang compressor tersebut dengan chemical dan
petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya
semula dengan minyak compressor yang baru.
(rujuk gambar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan